Tarikh : 15 Mac 2024
Masa : 11.30 pagi - 12.30 t.hari
Tempat : NaDi Kg Alur Limbat
Peserta : 6
Tujuan
Mengajar peserta untuk membuat projek stem bagi melatih pemikiran minda para peserta
supaya lebih berinovasi.
Aktiviti
Peserta diberikan bahan-bahan untuk membuat straw plane antaranya, gunting kertas warna,straw,
dan pita pelekat. Perserta mengikut arahan seperti yang dimaklumkan oleh petugas
untuk membuat projek straw plane dengan betul. Seterusnya, para peserta menguji keseimbangan
straw plane masing-masing. Mereka amat gembira dan berpuas hati dengan tunjuk ajar
yang diberikan oleh petugas.
Tarikh : 02 Mac 2024
Masa : 10.00 pagi - 4.00 Petang
Tempat : PEDi Kg Alur Limbat
Peserta : 4
Tujuan
Memberi tunjuk ajar pada peserta tentang modul matematik bagi mengasah minda para peserta dalam ilmu matematik. Selain itu,
menggalakkan peserta untuk menjawab latih tubi menggunakan kuiz online seperti quiziz, wordwall.
Aktiviti
Peserta diberi tunjuk ajar tentang cara menjawab soalan matematik dengan baik, serta peserta juga didedahkan tentang kuiz online
mengenai soalan matematik iaitu melalui pautan quiziz dam wordwall. Peserta gembira kerana dapat menjawab kuiz matematik
secara online dengan ini peserta dapat mengasah minda dengan lebih baik. Selain itu, nota matematik secara online juga turut diperkenalkan
kepada peserta.
Tarikh : 17 Februari 2024
Masa : 2.00 Petang - 3.00 Petang
Tempat : PEDi Kg Alur Limbat
Peserta : 6 Orang
Tujuan
Mendidik peserta supaya mengenali pengenalan asas mengenai komputer melalui latih tubi kuiz.
Aktiviti
Peserta diberi arahan untuk menajwab soalan latih tubi mengenai pengenalan asas mengenai komputer.
Dengan hal ini peserta dapat mengenali komponen-komponen dan perkara-perkara yang berkaitan komputer.
Peserta amat gembira dengan latih tubi yang diberikan.
Tarikh : 15 Februari 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Tempat : PEDi Kg Alur Limbat
Peserta : 6 Orang
Tujuan
Mendedahkan kepada peserta tentang penggunaan aplikasi canva dalam mengedit resume dan template
yang lain.
Aktiviti
Peserta diberi pengenalan tentang aplikasi canva. Peserta dapat membuat satu template menggunakan canva
dengan baik. Peserta didedahkan dengan penggunaan template poster dan resyme yang boleh digunakan bagi membuat
pelbagai tajuk poster dan pelbagai jenis bentuk template resume.
Tarikh : 22 Januari 2024
Masa : 03.00 petang - 4.00 petang
Tempat : PEDi Kg Alur Limbat
Peserta : 4
Tujuan
Mendidik peserta supaya berfikiran lebih kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah.
Aktiviti
Memberi arahan kepada peserta untuk membuka laman web https://www.safekidgames.com/connector/. Peserta diberi
arahan untuk selesaikan permainan connector games yang melatih fikiran tinggi untuk menyelesaikan sesuatu
situasi.