Tarikh      : 11 Januari 2023 

Masa       : 10.00 Pagi - 12.00 T/Hari 

Tempat    : PEDi Kg Alur Limbat 

Peserta   : 11 

Tujuan 

Bertujuan bagi melahirkan kemahiran insaniah di dalam kehidupan seseorang. Dengan adanya kemahiran insaniah yang baik

peserta dapat berkomunikasi dengan selesa dengan pesert yang lain. Oleh itu, dengan adanya kelas tadabbur mengenai 

bersangka buruk ini dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan peserta.

Aktiviti

Peserta menghadiri kelas Tadabbur di bilik training PEDi Alur Limbat dan kelas disampaikan oleh Puan Nurhayati Latip 

(Life Coaching). Dimulakan majlis dengan mukadimah mengenai ayat alquran dari surah-surah tertentu. Seterusnya, kelas 

diteruskan lagi dengan sesi soal jawab mengenai kelas tadabbur  bersangka buruk. Peserta amat gembira kerana dapat 

menimba ilmu bersama rakan-rakan lama dan baru. Hal ini dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi yang tinggi. 

Tarikh  : 16 Disember 2023
Masa   : 09.00 pagi- 10.00 pagi
Tempat  : PEDi Kg Alur Limbat
Peserta  : 3

 

 

Tujuan

Peserta didedahkan tentang permainan pendidikan di laman web kahoot. 

Aktiviti 

Peserta diberi tunjuk ajar tentang cara bermain permainan pendidikan di laman kahoot. Permainan ini 

dapat menguji tahap iq peserta dalam modul english bagi tahun 1,2,3. Pelbagai jenis permainan pendidikan 

yang peserta dapat pilih mengikut tahap masing-masing. Mereka amat teruja untuk mencuba permainan 

pendidikan tersebut. Hal ini dapat meningkapkan tahap iq peserta dalam melatih tubi hal pelajaran harian

melalui permainan pendidikan ini. 

Tarikh  : 10 Disember 2023
Masa   : 09.00 pagi- 11.00 pagi
Tempat  : PEDi Kg Alur Limbat
Peserta  : 3

 

Tujuan

Memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara membuat video animasi menggunakan aplikasi powtoon. 

Aktiviti 

Memberi arahan kepada peserta dengan membuka laman web powtoon dengan mendaftar akaun powtoon dahulu dengan emel.

Seterusnya, peserta memilih template yang sesuai bagi membuat video animasi biodata diri. Peserta amat berminat 

dalam menyunting video animasi tersebut dan peserta berterima kasih kepada staff PEDi kerana telah memberi ilmu 

yang baru dalam multimedia. 

 

 

Tarikh  : 15 Disember 2023
Masa   : 03.00 petang- 04.00 petang
Tempat  : PEDi Kg Alur Limbat
Peserta  : 5

 

 

Tujuan

Kelas Stem ini dilaksanakan bagi menerapkan peranan subjek sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dalam kalangan peserta.

Aktiviti 

Peserta diberi tunjuk ajar untuk menghasilkan popsicle stick catapult dengan menggunakan beberapa jenis bahan seperti berikut iaitu, batang aiskrim, sudu plastik dan gelang getah. Seterusnya, peserta telah berjaya mencipta popsicle stick catapult. Seterusnya, peserta menguji kemampuan replika yang telah dihasilkan dengan bebola benang sebagai beban.

 

 

Tarikh  : 17 November 2023
Masa   : 10.00 pagi- 11.00 pagi
Tempat  : PEDi Kg Alur Limbat
Peserta  : 6

 

Tujuan

Melatih para peserta dalam melukis dan mewarna menggunakan microsoft paint. Peserta akan lebih mendalami ilmu melukis 

secara digital selain menggunakan kertas dan pensel. 

Aktiviti 

Petugas memberi arahan dengan memberi keterangan cara membuka microsoft paint serta penggunaan tools-tools 

pada microsoft paint. Peserta amat gembira kerana dapat mempelajari cara melukis dan mewarna menggunakan microsoft paint 

dengan betul.