Tarikh  : 02 NOVEMBER 2023
Masa   : 09.00 pagi- 11.00 pagi
Tempat  : PEDi Kg Alur Limbat
Peserta  : 14

 

Tujuan

Mengadakan aktiviti stem bersama pelajar-pelajar Tabika Kemas Kg Alur Limbat dengan melakukan projek stem iaitu 

mereka cipta rocket straw. Hal ini bagi melatih para pelajar untuk lebih berinovasi dalam mereka cipta sesuatu 

benda yang berfaedah. 

Aktiviti 

Petugas menyediakan bahan-bahan projek seperti kertas warna, gunting,gam,sellotape . Petugas memberi arahan satu persatu 

bagi memudahkan para pelajar mengikuti cara-cara membuat rocket straw tersebut. Pelajar amat gembira kerana dapat 

membuat rocket straw bersama-sama. 

Tarikh  : 20 Oktober 2023
Masa   : 03.00 petang- 05.00 petang
Tempat  : PEDi Kg Alur Limbat
Peserta  : 4

 

Tujuan

Pembelajaran stem amat penting bagi pelajar kerana stem banyak memberi penekanan kepada

aspek kemahiran berfikiran aras tinggi (KBAT) di mana hal ini dapat melahirkan generasi muda yang 

mempunyai kemahiran tinggi dalam menyelesaikan masalah.

Aktiviti 

Petugas menyediakan bahan untuk membuat popsicle fan seperti botol plastik,gam tembak,gunting,benang 

dan batang aiskrim. Peserta amat gembira kerana dapat menyelesaikan kipas batang aiskrim bersama kawan-kawan. 

Tarikh  : 07 Oktober 2023
Masa   : 09.00 pagi - 12.00 t/hari 
Tempat  : PEDi Kg Alur Limbat
Peserta  : 5

 

Tujuan

Peserta menyertai kelas kemahiran membaca (BM) terbuka secara online dan dipantau juga oleh petugas PEDi. 

Aktiviti 

Petugas memberi arahan dengan menunjuk ajar tentang cara membuka aplikasi zoom meeting atau google meet bagi

memasuki kelas kemahiran membaca secara online. Melalui kelas online ini peserta dapat mempelajari cara pembelajaran

melalui online. Seterusnya,pelajar didedahkan dengan kemahiran menjawab soalan kuiz secara atas talian

dengan menggunakan aplikasi permainan pembalajaran contoh, kahoot,quiziz dan wordwall.  

Tarikh  : 10 Oktober 2023
Masa   : 09.00 pagi - 10.00 pagi
Tempat  : PEDi Kg Alur Limbat
Peserta  : 2

 

Tujuan

Peserta menyertai ujian online bagi kemasukan jawatan kosong bawah FAMA. 

Aktiviti 

Petugas membantu peserta dalam menyiapkan persiapan untuk peperiksaan online FAMA. Peserta

menjawab soalan dengan baik dalam menjawab soalan peperiksaan. 

Tarikh  : 23 SEPTEMBER 2023
Masa   : 09.00 pagi - 12.00 t/hari 
Tempat  : PEDi Kg Alur Limbat
Peserta  : 4

 

Tujuan

Pelajar menyertai kelas e-tuisyen di PEDi dengan menggunakan pc bagi menyertai kelas online e-tuisyen. 

Aktiviti 

Petugas memberi arahan kepada peserta bagi menyertai kelas online e-tuisyen dengan lebih baik. Seterusnya,peserta menyertai kelas e-tuisyen

melalui google meet. Peserta amat gembira kerana dapat belajar subjek yang diingini dengan guru melalui online. Dengan penyertaan e-tuisyen melalui

PEDi para peserta dapat mengetahui juga cara asas menggunakan komputer sebagai contoh peserta menggunakan google meet bagi memasuki kelas

dan sesi pembelajaran dan kuiz juga menggunakan modul dan latihan dari online antara contohnya peserta di dedahkan dengan penggunaan 

aplikasi pelajaran wordwall,quiziz,dan kahoot.