Tarikh : 03 Ogos 2024
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 T/Hari
Lokasi : NADI Kg Alur Limbat
Peserta : 6 Orang
Tujuan
Peserta menyertai kelas latih tubi operasi tolak matematik.
Aktiviti
Peserta didedahkan tentang pembelajaran subjek matematik iaitu modul berkaitan operasi tolak.
Seterusnya, peserta membuka laman web https://wordwall.net/ dan https://quizizz.com/join/ bagi
melatih keupayaan peserta dalam menjawab soalan modul tersebut. Dengan mengadakan
latihan sebegini peserta dapat meningkatkan lagi kebolehan dalam pelajaran matematik dan
pada masa yang sama dapat mendorong pelajar untuk lebih celik it.
Tarikh : 22 Julai 2024
Masa : 11.00 Pagi - 12.00 T/Hari
Lokasi : NADI Kg Alur Limbat
Peserta : 15 Orang
Tujuan
Aktiviti STEM Origami Fan dijalankan bagi mengintegrasikan konsep sains
kejuruteraan dan sains dalam proses pembuatan objek praktikal seperti kipas.
Aktiviti
Peserta disediakan alatan-alatan bagi membuat origami fan seperti kertas warna,
double tape,batang aiskrim. Seterusnya, para peserta mempelajari teknik
lipatan origami untuk menjadi lipatan kipas. Para peserta amat gembira
dan teruja kerana dapat menyiapkan origami fan.
Tarikh : 06 JULAI 2024
Masa : .03.00 petang - 05.00 petang
Tempat : NaDi Kg Alur Limbat
Peserta : 6
Tujuan
Peserta menyertai kelas go match challenge bagi melatih keupayaan dalam subjek matematik.
Aktiviti
Peserta didedahkan tentang pembelajaran subjek matematik iaitu modul berkaitan masa.
Seterusnya, peserta membuka laman web https://wordwall.net/ untuk menjawab challenge
mengenai modul matematik yang telah diterangkan. Peserta amat gembira dalam menyertai
challenge ini kerana pada masa yang sama dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam
mengira dan juga dapat tingkatkan kemahiran celik it.
Tarikh : 01 JULAI 2024
Masa : 09.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat : NaDi Kg Alur Limbat
Peserta : 1
Tujuan
Kelas pembelajaran microsoft powerpoint bertujuan untuk membimbing peserta dalam
membuat slide presentation menggunakan powerpoint dengan mudah.
Aktiviti
Petugas akan menerangkan setiap tools dan fungsi yang ada pada microsoft powerpoint
untuk membina slide presentation.
Tarikh : 04 JUN 2024
Masa : .10.00 pagi - 01.00 petang
Tempat : NaDi Kg Alur Limbat
Peserta : 6
Tujuan
E-pembelajaran yang diadakan adalah bertujuan untuk memantapkan kemahiran bacaan jawi
para peserta pada masa yang sama memperkenalkan latihan atau kuiz online yang
dapat digunakan untuk membuat latih tubi tersebut.
Aktiviti
Setiap peserta diberi pendedahan tentang kepentingan bacaan jawi dengan betul. Selain itu,
peserta disediakan dengan modul tentang pemulihan bacaan jawi dan juga peserta
diarahkan untuk membuat latih tubi online yang diperkenalkan oleh petugas NADI. Para
peserta amat berpuas hati dan seronok dapat mempelajari kelas pemulihan
bacaan jawi di NADI.