|
LATAR BELAKANG
Nor Artika binti Mat Zaki berumur 22 tahun merupakan seorang Pelajar IPTA di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam Jurusan Ijazah Matematik Kewangan yang telah membuat jualan secara offline dan online. Beliau menjual pelbagai produk di atas talian dan juga secara offline di rumah beliau dengan melakukan perkhidmatan cod kepada pelanggan. Antara barangan yang beliau jual adalah produk kosmetik,tudung,serta shampoo untuk rawatan rambut . Akibat pandemik covid-19 yang melanda negara sekarang ,beliau dikehendaki belajar di rumah ( PdPR) beliau cuba meluangkan masa dengan akivitiviti yang dapat menguntungkan beliau. Jualan secara posting yang akaun di Facebook milik beliau amat menggalakkan serta mendapat sambutan dari orang ramai terutama rakan-rakan terdekat.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PIK Kepentingan penggunaan komputer dalam kalangan pelajar amatlah penting.Tetapi,kerana kesuntukan masa beliau tidak pernah mempunyai kesempatan belajar komputer .Sebelum hadir ke PIK untuk menggunakan komputer , beliau mempunyai masalah dalam tugasan yang diberikan dan beliau juga tidak mempunyai kemahiran dalam pemasaran jualan secara dalam talian di media sosial. |
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PIK |
Bagaimanapun , selepas menghadiri dan mendaftar sebagai ahli PIK , beliau amat meminati untuk mendalami lebih lagi tentang ilmu Digital ini dan mula menjalankan perniagaan secara online serta offline untuk mencari pendapatan lebih dan beliau percaya sebagai seorang pelajar pun dapat menjana pendapatan sendiri di samping dapat membantu ringankan beban keluarga juga.