|
LATAR BELAKANG
Sebelum melakukan kerja jualan beliau bekerja sebagai kerani kilang papan di wakaf tapai. Setelah berkahwin dan mempunyai anak beliau berhenti bekerja sebagai kerani dan lebih menumpukan kepada pengurusan anak-anak dan keluarga.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PIK
Beliau menjual barangan produk kosmetik di kawasan kejiranan untuk menambah pendapatan serta membantu meringankan beban suami dalam menyara keluarga. Kerana kekangan masa kerana sibuk dengan pengurusan keluarga beliau tidak mempunyai kesempatan untuk mempelajari teknik-teknik jualan yang berkesan di pusat internet komuniti. Oleh itu,beliau melakukan teknik jualan dari rumah-ke rumah kerana tidak mempunyai lagi ilmu tentang perniagaan di dalam talian.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PIK
Selepas menyertai latihan penggunan ICT di pusat internet komuniti beliau dapat mempelajari pelbagai teknik jualan seperti dapat membuat akaun facebook,shopee,perbankan online bagi memudahkan proses transaksi perniagaannya. Dengan adanya laman sosial seperti facebook,instagram beliau dapat meluaskan pasaran penjualan produk kosmetik beliau dan beliau juga dapat menyertai latihan-latihan keusahawanan secara online yang melibatkan motivator perniagaan yang berpengalaman.