Nama  :NORASMIRA BINTI AHMAD 
Umur  : 30 TAHUN 
Ahli  : 8 JULAI 2018

 

                                          

 

LATAR BELAKANG

Sebelum melibatkan diri dalam jualan online beliau seorang penjual nasi dagang di kedai makanan pagi milik keluarganya. Setelah berkahwin dan mempunyai anak beliau mempunyai hasrat dalam mendalami ilmu jualan online dalam pada masa yang sama beliau juga berfikir bahawa dengan lakukan aktiviti jualan online juga mampu menampung sedikit sebanyak kehidupan beliau sekeluarga. 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PIK

Beliau menjual barangan produk Maajun Homemade iaitu MAAJUN KAK CONGEK (MKC)  di kawasan kejiranan untuk untuk membantu suami dalam menyara keluarga . Tetapi dengan kekangan masa yang dialami dalam pengurusan keluarga dan anak-anak  beliau tidak sempat untuk mempelajari teknik jualan yang berkesan di pusat internet komuniti. Oleh itu,beliau melakukan teknik jualan dari rumah-ke rumah kerana tidak mempunyai lagi ilmu tentang perniagaan di dalam talian. 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PIK

Selepas menyertai latihan penggunan ICT di pusat internet komuniti beliau dapat mempelajari pelbagai teknik jualan seperti dapat membuat akaun facebook,shopee,perbankan online bagi memudahkan proses transaksi perniagaannya. Adanya laman sosial seperti facebook,instagram beliau dapat meluaskan pasaran penjualan produk kosmetik beliau dan beliau juga dapat menyertai latihan-latihan keusahawanan secara online yang melibatkan motivator perniagaan yang berpengalaman serta beliau juga sekarang dapat menubuhkan pasukan sendiri dalam perniaggan online yang diceburi.