Nama  Farrahieda bt Razali 
Umur   38 Tahun 
Ahli   15 November 2021

 

 

Latar belakang

Farrahieda seorang peniaga vendor dan perniagaan utamanya ialah makanan goreng-gorengan seperti goreng pisang,Keropok Lekor, Abc, Cendol dan sebagainya. Ketika ingin memulakan perniagaannya Farrahieda amat gemar mendapat tunjuk ajar daripada PEDi. Beliau amat meminati perniagaan kerana beliau bercita-cita ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya dengan objektif supaya beliau dapat memuaskan hati semua pelanggan yang berurusan dengan beliau. Seterusnya, beliau sering datang ke PEDi bagi mempelajari teknik-teknik keusahawanan yang betul. 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PEDI

Sebelum menyertai program keusahawanan di PEDi beliau tidak mengetahui teknik-teknik untuk urusan perancangan perniagaan serta beberapa perkara yang terlibat dalam membangunkan perniagaan sebagai contoh cara melalui promosikan kedai,packaging barangan produk serta cara-cara menarik pelanggan melalui media sosial. 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PEDI

Selepas menyertai program keusahawanan beliau telah berjaya membuka kedai vendor dan mengusahakan perniagaan makanan goreng-gorengan  yang mendapat permintaan ramai. Dengan mengikuti kelas usahawan beliau dapat mengetahui cara-cara mempromosikan kedai dan produk dengan baik dengan adanya instagram,fb,tik tok sendiri. Beliau juga rajin menghadiri program usahawan di PEDi contohnya program bersama FAMA belajar Pemasaran secara atas talian menggunakan aplikasi Agro Bazaar Online (ABO).