Nama | AHMAD FAIZAL BIN MUHAMMAD SA'AT |
Umur | 44 TAHUN |
Ahli | 14 OKTOBER 2023 |
Latar belakang
Encik Faizal seorang usahawan produk pemakanan iaitu sambal ikan bilis garing yang terdiri dari 3 jenis, iaitu, garing,pedas,berapi. Beliau memulakan perniagaan secara kecil kecilan
di rumah. Beliau memasarkan jualan dengan menjual sambal bilis garing di kedai-kedai kuncit berdekatan. Selain itu, beliau berhasrat untuk menjadi seorang pengusaha produk sambal ikan
ikan bilis yang berjaya dengan ingin mengunjungi PEDi untuk mempelajari tentang memasarkan produk dengan betul selain offline beliau berhasrat ingin mengetahui lebih dalam lagi
tentang pemasaran produk secara atas talian.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDI
Sebelum menyertai kelas keusahawanan di PEDi, beliau tidak mengetahui teknik-teknik yang betul dalam pemasaran produk beliau secara atas talian. Beliau hanya menjual produk beliau
di kedai-kedai yang berdekatan kawasan rumah serta jual secara cod dari rumah ke rumah. Beliau juga mengambil tempat jualan produk sambal bilis garing beliau di karnival-karnival yang
diadakan di sekitar negeri Terengganu.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDI
Selepas menyertai kelas usahawan di PEDi beliau telah mengetahui teknik-teknik pemasaran dan promosi yang betul dengan menggunakan medium media sosial seperti facebook, tiktok, shopee
dan instagram. Beliau amat gembira dan berpuas hati dengan ajaran yang diberikan oleh staff PEDi tentang teknik-teknik pemasaran yang betul. Kini jualan produk beliau menjadi lebih lancar di
media sosial mahupun secara offline.