Nama   MELATI BINTI SHAFIE
Umur   32 TAHUN
Ahli   20 OGOS 2022 

 

Latar belakang

Melati seorang peniaga online ataupun dropship. Beliau menjual produk makanan kesihatan iaitu produk buah atau sayur kering iaitu ovochi dan juga menjual biskut protein bar yang baik untuk kesihatan. Beliau amat berminat dalam dunia perniagaan dengan minat yang ada beliau berhasrat ingin melebarkan lagi sayap jualannya dengan menyertai kelas keusahawana di PEDi. 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PEDI

Sebelum menyertai program atau kelas keusahawanan di PEDi beliau tidak terdedah kepada perniagaan online yang mempunyai banyak aspek pemasaran seperti beliau belum terdedah kepada konsep penjualan di Shopee,Yeszza di Tik Tok selain itu beliau juga tidak mengetahui tentang geran-geran perniagaann yang ditawarkan oleh pihak kerajaan dengan itu beliau lebih bersemangat untuk menerokai tentang teknik keusahwanan ini di PEDi. 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PEDI

Selepas menyertai program keusahawanan yang ada di PEDi beliau lebih terdedah kepada perniagaan online yang boleh meliputi banyak platform iaitu boleh menjual melalui platform tik tok,shopee,yessza dan sebagainya supaya penjualan barangan beliau menjadi lebih maju dan meluas. Selain itu beliau juga didedahkan dengan perbankan online yang dapat memudahkan urusan beliau dengan pelanggan. Oleh itu,beliau amat bersyukur kerana dapat belajar serba sedikit tentang keusahawanan dengan bantuan pihak PEDi. 

Nama  NOR IRISHA NAJIHAH BT AHMAD  
Umur   24 TAHUN
Ahli   19 OKTOBER 2022

 

Latar belakang

Irisha seorang ibu kepada 2 orang anak,beliau seorang yang amat gemar dalam dunia perniagaan. Beliau meniaga produk kesihatan wanita dan  kosmetik wanita. Di atas minat yang tinggi dalam dunia perniagaan Irisha bertekad untuk belajar tentang ilmu perniagaan dengan lebih mendalam dengan menyertai pelbagai program keusahawanan serta program lain di pusat internet.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PEDI

Sebelum menyertai program keusahawanan di PEDi beliau hanya mengetahui promosi barangan melalui media sosial sahaja dan tidak terdedah kepada platform yang lebih baik dalam menjual barangan online iaitu melalui shopee serta lazada dan juga yeszza diantara platform yang menarik minat Irisha dalam mempromosikan barangan jualan beliau yang pelbagai aneka. 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PEDI

Selepas menyertai latihan keusahawanan yang diadakan di PEDI beliau dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan asas mengenai perniagaan sama ada secara langsung dan tak langsung dengan mempunyai akaun perniagaan melalui shopee,yeszza serta perniagaan melalui telegram dan instagram beliau amat berpuas hati dengan ilmu yang disampaikan oleh pihak petugas PEDI kerana dapat memudahkan urusan beliau dalam mentadbir perniagaan dengan lebih baik.

Nama  NORALIZA BT MUSTAFA 
Umur   33 TAHUN
Ahli   29 OGOS 2019

 

Latar belakang

Liza seorang ibu kepada 2 orang anak,beliau seorang yang amat gemar dalam dunia perniagaan. Beliau meniaga produk kesihatan wanita serta produk makanan seperti kuih apit-apit dan kek coklat. Di atas minat yang tinggi dalam dunia perniagaan liza bertekad untuk belajar tentang ilmu perniagaan dengan lebih mendalam dengan menyertai pelbagai program keusahawanan serta program lain di pusat internet.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PEDI

Sebelum menyertai program keusahawanan di pedi beliau hanya mengetahui promosi barangan melalui media sosial sahaja dan tidak terdedah kepada platform yang lebih baik dalam menjual barangan online iaitu melalui shopee serta lazada dan juga yeszza diantara platform yang menarik minat liza dalam mempromosikan barangan jualan beliau yang pelbagai aneka. 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PEDI

Selepas menyertai latihan keusahawanan yang diadakan di PEDI beliau dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan asas mengenai perniagaan sama ada secara langsung dan tak langsung dengan mempunyai akaun perniagaan melalui shopee,yeszza serta perniagaan melalui telegram dan instagram beliau amat berpuas hati dengan ilmu yang disampaikan oleh pihak petugas PEDI kerana dapat memudahkan urusan beliau dalam mentadbir perniagaan dengan lebih baik.

Nama : Muhammad Danial Asyraf bin Abdullah

Umur : 12 Tahun

Tahun Ahli :  15 Januari 2015

Latar belakang

Danial merupakan seorang pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Simpang Rawai  dan mula mengunjungi PEDi bagi mempelajari dan mendalami ilmu ICT supaya dapat meningkatkan kemahiran beliau dalam penggunaan komputer lebih-lebih lagi bagi memudahkan beliau melakukan tugasan yang diberikan oleh guru dengan menggunakan kaedah ICT. Beliau sangat bersungguh dalam usaha untuk mempelajari cara-cara menggunakan komputer dan perisian asas dalam ilmu ICT ini. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Danial kurang mahir dalam menggunakan perisian-perisian asas komputer seperti Microsoft Office 2010 terutamanya Word, Excel dan PowerPoint dan cara untuk mengaplikasikannya untuk kemudahan urusan pembelajaran terutamanya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan mengikuti kelas latihan ICT yang dijalankan di PEDi, beliau semakin handal dalam menggunakan perisian tersebut dan boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari terutama dalam sesi pembelajaran di peringkat ICT. Beliau juga dapat menjadi seorang yang kreatif dan berdaya saing serta berani mencuba sesuatu yang baharu.

Nama   Nurul Ika Syakilla binti Wahab Udin
Umur   27 Tahun
Ahli  26 Ogos 2014

 

 

LATAR BELAKANG

Nurul Ika Syakilla binti Wahab Udin berumur 27 tahun merupakan seorang kerani pembantu tadbir di syarikat R.AN. GEMILANG ENTERPRISE. Beliau seorang bekas pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan mempunyai Ijazah dalam Teknologi Kimia. Beliau sangat berminat dalam dunia perniagaan online ataupun offline walaupun beliau telah bekerja beliau masih menjinakkan diri dalam bisnes. Beliau menjual  pakaian wanita (Sabella) dan juga aroma terapi (Young Living). Beliau amat berminat untuk mengetahui teknik-teknik perniagaan yang lebih terjamin tetapi beliau tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyertai aktiviti di PEDi,tetapi dengan semangat yang ada beliau berusaha datang ke PEDi untuk mempelajari teknik keusahawanan yang lebih mendalami walaupun dalam kekangan masa yang amat singkat beliau sempat mendapatkan ilmu.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PEDi

Sebelum penglibatan di PEDi beliau hanya memasarkan perniagaannya dari tempat ke tempat dan hanya menghebohkan jualanya melalui kawan yang sedia ada. Beliau belum mengetahui teknik yang betul dalam pengurusan bisnes online dengan baik dan beliau tidak terdedah dengan platform-platform yang betul dalam memulakan bisnes. Oleh itu,beliau tekad untuk belajar tentang bisnes online dengan lebih baik. 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PEDi

Bagaimanapun selepas menghadiri dan daftar sebagai ahli PEDi beliau dapat mempelajari pelbagai teknik pengurusan bisnes dengan lebih baik. Beliau banyak menyertai latihan kursus keusahawanan,mempelajari platform-platform bisnes dengan tujuan dapat meningkatkan lagi dan memperkenalkan lagi perniagaannya pada orang ramai. Beliau sangat berpuas hati dengan teknik dan kursus yang dipelajari di PEDi dengan sikap tenaga pengajar yang ramah dan mudah difahami.