Nama | Nur Nabila Razwin binti Asri |
Umur | 26 Tahun |
Ahli | 18 NOVEMBER 2021 |
LATAR BELAKANG
Beliau seorang suri rumah sepenuh masa dengan sibuk menguruskan urusan harian sekeluarga. Pada masa yang sama beliau amat berminat dalam penjualan barangan kosmetik,tudung,dan barangan lain-lain secara atas talian. Beliau hanya menjual barangan melalui status whatsapp dan facebook sahaja dan beliau amat berminat untuk mengetahui platfrom-platform jualan online yang lain lagi bagi meluaskan penjualan bisnes online.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDI
Sebelum terlibat dengan Pedi beliau hanya mengetahui penjualan atas talian hanya melalui facebook,status whatsapp dan penyebaran tentang produk jualannya hanya melalui rakan-rakan. Beliau tidak berputus asa untuk meningkatkan lagi proses jualan beliau melalui platform yang lebih baik,selamat dan mesra pelanggan.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDI
Selepas menyertai program keusahawanan di PEDI beliau telah mempelajari tentang penjualan atas talian iaitu penggunaan e-dagang shopee dan yeszza. Beliau juga amat aktif melalukan jualan melalui shopee dan menapat permintaan yang luar biasa dari pelanggan dengan memasuki kelas usahawan online di PEDI. Dengan itu,beliau amat gembira kerana dapat melakukan urusan perniagaan dengan lebih meluas.
Nama | : Radhiah binti Ismail |
Umur | : 37 Tahun |
Ahli | : 23 September 2017 |
Latar belakang
Radhiah merupakan seorang suri rumah. Beliau tidak mempunyai pengetahuan asas dalam ilmu ICT dan beliau juga seorang peniaga online tetapi masih lagi belum menguasai teknik-teknik penjualan secara online dengan betul.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Radhiah kurang mahir dalam menggunakan komputer dan disebabkan kekangan masa beliau tidak mempunyai masa untuk menghadiri kelas-kelas ICT yang diadakan di PEDI.Beliau juga tidak mempunyai kemahiran yang secukupnya dalam memasarkan jualan melalui media sosial dan beliau berhasrat untuk mempelajari teknik yang betul bagi meningkatkan lagi pengetahuannya dalam menguruskan media sosial untuk penjualan dengan betul selain itu dapat memperkenanlkan platform e-dagang yang terkini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan mengikuti kelas yang diadakan radhiah telah mahir menggunakan microsoft word, dan radhiah juga telah mahir dalam melakukan urursan penjualan secara online dengan memperkenalkan platform e-dagang dan media sosial yang betul dalam melakukan proses penjualan secara online. Radhiah amat bersyukur kerana dengan kemudahan internet yang sedia ada radhiah dapat melakukan kerja dengan mudah dan cepat.
Nama | HAZLINA BINTI MAT HASSAN |
Umur | : 45 TAHUN |
Ahli | : 27 DISEMBER 2013 |
LATAR BELAKANG
Beliau seorang kakitangan sektor kerajaan iaitu seorang pustakawan desa di Kg Alur Limbat. Sebelum meluaskan lagi perniagaan beliau dalam menjalankan bisnes suprise delivery beliau hanya menjadikan hobinya itu hanya untuk mengisi masa lapang dan tidak berfikir untuk memasarkan dengan lebih meluas lagi servis suprise delivery yang dijalankan. Sebelum itu,beliau hanya melakukan gubahan bunga secara kecil-kecilan sehingga ke tempahan yang lebih besar,oleh itu beliau bertekad untuk meluaskan lagi servis suprise delivery kerana mempunyai permintaan yang tinggi dari jiran,orang kampung,dan rakan sekerja.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PIK
Sebelum beliau terlibat dengan PIK,beliau hanya menjual gubahan suprise deliverynya melalui rakan-rakan terdekat dan keluarga sahaja kerana beliau tidak terdedah dengan kepentingan sosial media seperti facebook,instagram,tik tok dan shopee yang dapat digunakan bagi meluaskan lagi pasaran suprise delivery beliau. Dengan itu,beliau bersungguh-sungguh untuk menyertai aktiviti berkaitan usahawan serta berkaitan ICT di PIK bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan beliau dalam meluaskan bisnes beliau.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PIK
Selepas menyertai latihan penggunan ICT dan latihan usahwan di pusat internet komuniti beliau dapat mempelajari pelbagai teknik jualan seperti dapat membuat akaun facebook,shopee,perbankan online,tik tok dan instagram bagi memudahkan proses transaksi perniagaannya,serta memudahkan pemasaran dan aktiviti promosi servis katering beliau. Adanya laman sosial seperti facebook,instagram,tik tok beliau dapat meluaskan servis suprise delivery beliau dan beliau juga dapat menyertai latihan-latihan keusahawanan secara online yang melibatkan motivator perniagaan yang berpengalaman serta beliau juga sekarang dapat menubuhkan pasukan sendiri dalam perniaggan online yang diceburi.
Nama | MISS NOORESUN BINTI JEKDA-OH |
Umur | 37 Tahun |
Ahli | 18 NOVEMBER 2021 |
LATAR BELAKANG
Beliau seorang suri rumah sepenuh masa yang menjalankan rutin harian menguruskan keluarga. Pada masa yang sama beliau juga seorang yang gemarkan masakan beliau amat suka membuat makanan bermula hanya untuk memenuhkan masa lapang dengan membuat ayam kepal dan cheeseball hanya untuk makanan anak-anak di rumah. Tetapi tidak di sangka pula ramai yang berminat apabila selalu menghidangkan makanan kepada tetamu dan beliau mendapat ramai sokongan untuk membuka tempahan bagi ayam kepal dan cheeseball. Oleh itu,beliau hadir ke pusat internet untuk mendapatkan lebih lagi ilmu tentang keusaahawanan.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PIK
Sebelum beliau terlibat dengan PIK,beliau hanya seorang suri rumah harian biasa. Selepas beliau bersungguh-sungguh untuk melakukan penjualan ayam kepal dan cheeseball beliau hanya menjual melalui ahli keluarga,rakan-rakan dan jiran terdekat sahaja dan tidak berlaku jualan meluas sehingga ke daerah lain atau kepada orang lain. Oleh itu,beliau bertekad untuk mengunjungi pusat internet bagi meluaskan lagi pasaran perniagaan makanan beliau dengan belajar tentang ilmu usahawan di PIK.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PIK
Selepas menyertai latihan penggunan ICT dan latihan usahwan di pusat internet komuniti beliau dapat mempelajari pelbagai teknik jualan seperti dapat membuat akaun facebook,shopee,perbankan online,tik tok dan instagram bagi memudahkan proses transaksi perniagaannya,serta memudahkan pemasaran dan aktiviti promosi penjualan makanan sejuk beku beliau. Adanya laman sosial seperti facebook,instagram,tik tok beliau dapat meluaskan pasaran perniagaan beliau dan beliau juga dapat menyertai latihan-latihan keusahawanan secara online yang melibatkan motivator perniagaan yang berpengalaman serta beliau juga sekarang dapat menubuhkan pasukan sendiri dalam perniaggan online yang diceburi.
Nama | : Nur Atikah binti Jamalludin |
Umur | : 22 Tahun |
Ahli | : 09 Julai 2014 |
Latar belakang
Atikah merupakan seorang pelajar UMT dan mula mengunjungi Pusat Internet bagi mempelajari dan mendalami ilmu ICT supaya dapat meningkatkan kemahiran beliau dalam penggunaan komputer lebih-lebih lagi bagi memudahkan beliau melakukan tugasan yang diberikan oleh pensyarah dengan menggunakan kaedah ICT. Beliau sangat bersungguh dalam usaha untuk mempelajari cara-cara menggunakan komputer dan perisian asas dalam ilmu ICT ini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Atikah kurang mahir dalam menggunakan perisian-perisian asas komputer seperti Microsoft Office 2010 terutamanya Word, Excel dan PowerPoint dan cara untuk mengaplikasikannya untuk kemudahan urusan pembelajaran terutamanya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan mengikuti kelas latihan Microsoft Office yang dijalankan di Pusat Internet, beliau semakin handal dalam menggunakan perisian tersebut dan boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari terutama dalam sesi pembelajaran di peringkat IPT. Beliau juga dapat menjadi seorang yang kreatif dan berdaya saing serta berani mencuba sesuatu yang baharu.