Nama | :NURUL AKMAL BINTI MAT JAIT |
Umur | : 37 TAHUN |
Ahli | : 15 JULAI 2017 |
LATAR BELAKANG
Sebelum melibatkan diri dalam jualan online beliau seorang suri rumah biasa yang menyiapkan persediaan harian keluarga.Selain itu,beliau juga seorang pekerja separuh masa di pusat internet komuniti disebabkan melakukan kerja separuh masa di pusat internet beliau amat tertarik dengan kelas keusahawanan online yang diadakan di pusat internet dengan itu,beliau mengambil peluang untuk belajar tentang perniagaan online.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PIK
Beliau sebelum penglibatan tentang ICT beliau seorang suri rumah sepenuh masa yang kerja hariannya dalam menyediakan persediaan untuk keluarga dan tidak mempunyai waktu untuk mengetahui tentang ICT sehingga beliau mendapat peluang untuk bekerja sebagai pekerja separuh masa di pusat internet komuniti beliau dapat mempelajari banyak teknik-teknik ICT termasuklah dapat mempelbagaikan tugas hariannya sebagai suri rumah sepenuh masa kepada peniaga online juga.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PIK
Selepas menyertai latihan penggunan ICT di pusat internet komuniti beliau dapat mempelajari pelbagai teknik jualan seperti dapat membuat akaun facebook,shopee,perbankan online bagi memudahkan proses transaksi perniagaannya. Adanya laman sosial seperti facebook,instagram beliau dapat meluaskan pasaran penjualan produk kosmetik beliau dan beliau juga dapat menyertai latihan-latihan keusahawanan secara online yang melibatkan motivator perniagaan yang berpengalaman serta beliau juga sekarang dapat menubuhkan pasukan sendiri dalam perniaggan online yang diceburi
Nama | :NORASMIRA BINTI AHMAD |
Umur | : 30 TAHUN |
Ahli | : 8 JULAI 2018 |
LATAR BELAKANG
Sebelum melibatkan diri dalam jualan online beliau seorang penjual nasi dagang di kedai makanan pagi milik keluarganya. Setelah berkahwin dan mempunyai anak beliau mempunyai hasrat dalam mendalami ilmu jualan online dalam pada masa yang sama beliau juga berfikir bahawa dengan lakukan aktiviti jualan online juga mampu menampung sedikit sebanyak kehidupan beliau sekeluarga.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PIK
Beliau menjual barangan produk Maajun Homemade iaitu MAAJUN KAK CONGEK (MKC) di kawasan kejiranan untuk untuk membantu suami dalam menyara keluarga . Tetapi dengan kekangan masa yang dialami dalam pengurusan keluarga dan anak-anak beliau tidak sempat untuk mempelajari teknik jualan yang berkesan di pusat internet komuniti. Oleh itu,beliau melakukan teknik jualan dari rumah-ke rumah kerana tidak mempunyai lagi ilmu tentang perniagaan di dalam talian.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PIK
Selepas menyertai latihan penggunan ICT di pusat internet komuniti beliau dapat mempelajari pelbagai teknik jualan seperti dapat membuat akaun facebook,shopee,perbankan online bagi memudahkan proses transaksi perniagaannya. Adanya laman sosial seperti facebook,instagram beliau dapat meluaskan pasaran penjualan produk kosmetik beliau dan beliau juga dapat menyertai latihan-latihan keusahawanan secara online yang melibatkan motivator perniagaan yang berpengalaman serta beliau juga sekarang dapat menubuhkan pasukan sendiri dalam perniaggan online yang diceburi.
|
LATAR BELAKANG
Sebelum melakukan kerja jualan beliau bekerja sebagai kerani kilang papan di wakaf tapai. Setelah berkahwin dan mempunyai anak beliau berhenti bekerja sebagai kerani dan lebih menumpukan kepada pengurusan anak-anak dan keluarga.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PIK
Beliau menjual barangan produk kosmetik di kawasan kejiranan untuk menambah pendapatan serta membantu meringankan beban suami dalam menyara keluarga. Kerana kekangan masa kerana sibuk dengan pengurusan keluarga beliau tidak mempunyai kesempatan untuk mempelajari teknik-teknik jualan yang berkesan di pusat internet komuniti. Oleh itu,beliau melakukan teknik jualan dari rumah-ke rumah kerana tidak mempunyai lagi ilmu tentang perniagaan di dalam talian.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PIK
Selepas menyertai latihan penggunan ICT di pusat internet komuniti beliau dapat mempelajari pelbagai teknik jualan seperti dapat membuat akaun facebook,shopee,perbankan online bagi memudahkan proses transaksi perniagaannya. Dengan adanya laman sosial seperti facebook,instagram beliau dapat meluaskan pasaran penjualan produk kosmetik beliau dan beliau juga dapat menyertai latihan-latihan keusahawanan secara online yang melibatkan motivator perniagaan yang berpengalaman.
Nama | : Rabiatul Alisa Asyikin binti Md.Suhairi |
Umur | : 12 Tahun |
Ahli | : 19 Ogos 2013 |
Latar belakang
Rabiatul merupakan seorang pelajar sekolah rendah dan mula mengunjungi Pusat Internet bagi mempelajari dan mendalami ilmu ICT supaya dapat meningkatkan kemahiran beliau dalam penggunaan komputer lebih-lebih lagi bagi memudahkan beliau melakukan tugasan yang diberikan oleh guru dengan menggunakan kaedah ICT. Beliau sangat bersungguh dalam usaha untuk mempelajari cara-cara menggunakan komputer dan perisian asas dalam ilmu ICT ini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Rabiatul kurang mahir dalam menggunakan perisian-perisian asas komputer seperti Microsoft Office 2010 terutamanya Word, Excel dan PowerPoint dan cara untuk mengaplikasikannya untuk kemudahan urusan pembelajaran terutamanya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan mengikuti kelas latihan Microsoft Office yang dijalankan di Pusat Internet, beliau semakin handal dalam menggunakan perisian tersebut dan boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari terutama dalam sesi pembelajaran di peringkat sekolah rendah. Beliau juga dapat menjadi seorang yang kreatif dan berdaya saing serta berani mencuba sesuatu yang baharu.
|
LATAR BELAKANG
Nor Artika binti Mat Zaki berumur 22 tahun merupakan seorang Pelajar IPTA di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam Jurusan Ijazah Matematik Kewangan yang telah membuat jualan secara offline dan online. Beliau menjual pelbagai produk di atas talian dan juga secara offline di rumah beliau dengan melakukan perkhidmatan cod kepada pelanggan. Antara barangan yang beliau jual adalah produk kosmetik,tudung,serta shampoo untuk rawatan rambut . Akibat pandemik covid-19 yang melanda negara sekarang ,beliau dikehendaki belajar di rumah ( PdPR) beliau cuba meluangkan masa dengan akivitiviti yang dapat menguntungkan beliau. Jualan secara posting yang akaun di Facebook milik beliau amat menggalakkan serta mendapat sambutan dari orang ramai terutama rakan-rakan terdekat.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PIK Kepentingan penggunaan komputer dalam kalangan pelajar amatlah penting.Tetapi,kerana kesuntukan masa beliau tidak pernah mempunyai kesempatan belajar komputer .Sebelum hadir ke PIK untuk menggunakan komputer , beliau mempunyai masalah dalam tugasan yang diberikan dan beliau juga tidak mempunyai kemahiran dalam pemasaran jualan secara dalam talian di media sosial. |
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PIK |
Bagaimanapun , selepas menghadiri dan mendaftar sebagai ahli PIK , beliau amat meminati untuk mendalami lebih lagi tentang ilmu Digital ini dan mula menjalankan perniagaan secara online serta offline untuk mencari pendapatan lebih dan beliau percaya sebagai seorang pelajar pun dapat menjana pendapatan sendiri di samping dapat membantu ringankan beban keluarga juga.