NAMA                                              : NOR HAYATI BINTI HUSIN

UMUR                                              : 50 TAHUN

TAHUN MENJADI AHLI PI1M        : 24 / 12 / 2013

EMAIL                                             : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

LATAR BELAKANG

Nor hayati Binti Husin atau lebih dikenali dengan panggilan Mok Tie merupaka seorang wanita yang sentiasa berusaha untuk mengubah taraf tahap sosio ekonimo beliau dan keluarga. Beliau merupakan ketua keluarga dan tinggal bersama ibu beliau yang sudah uzur. Dengan usia beliau dan tanggungan yang ada beliau nekad untuk melakukan sesuatu  untuk menambah punca pendapatan beliau. Beliau mula berniaga menjual kuih muih dan sup-sup untuk jiran-jiran tetangga serta mengambil tempahan pulut kuning berhias.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PI

Pada peringkat permulaan, beliau hanya mengambil tempahan sedikit. Beliau berusaha mencari pelanggan selain melalui aplikasi terkini. Oleh yang demikian, Mok tie  juga telah mengikuti kelas usahawan yang telah diadakan di PIK. Beliau telah mendapat tunjuk ajar daripada staff untuk mempromosi hasil jualan dan beliau sentiasa mendapat pelanggan baru saban bulan dan seterusnya meningkatkan pendapatan bulanan. Mok tie menggunakan aplikasi whatsapp untuk mempromosikan jualan beliau dan seterusnya dengan tempahan yang tidak pernah putus beliau nekad membuka warung kanopi berhampiran rumah beliau.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PI

Walaupun beliau dengan rasa ragu-ragu untuk mempelajari komputer, namun beliau kuatkan semangat dan cekal. Bagaimanapun, setelah menggunakan perkhidmatan mempromosikan diatas talian, menggunakan media sosial masa kini beliau sentiasa mendapat sokongan dan dorongan dari pelbagai pihak.

 

   

   

 

 

NAMA                                              : SITI NOR MUZALIFAH MOHAMAED RESUAL

UMUR                                              : 35 TAHUN

TAHUN MENJADI AHLI PI1M        : 24 / 07/ 2020

EMAIL                                             : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

LATAR BELAKANG

Siti Nor Muzalifah atau lebih mesra dikenali sebagai Siti adalah seorang ibu muda yang mempunyai 4 orang anak. Suami beliau bekerja sebagai buruh yang mempunyai pendapatan bulanan yang tidak tetap. Dengan perbelanjaan masa kini yang agak tinggi beliau cuba mengikuti pelbagai kelas masakan untuk menolong menambah pendapatan suami beliau serta untuk meningkatkan lagi taraf hidup keluarga beliau yang semakin besar.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PI

Oleh yang demikian , beliau mengambil keputusan untuk menjual sambal garing ikan bilis dan halis bersama bawang putih serta pelbagai kuih muih dan menghantar kuih muih di beberapa gerai dan kedai. Namun, kerana promosi yang kurang memberangsangkan membuatkan beliau telah mengikuti kelas dan latihan di Pusat Internet sebagai batu loncatan untuk meluaskan cara-cara mempromosikan pelbagai produk hasilan beliau.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PI

Walaupun , beliau dengan rasa ragu-ragu untuk mempelajari komputer dengan alasan takut-takut sebab tidak pernah didedahkan dengan penggunaan komputer ,namun beliau kuatkan semangat dan cekal. Bagaimanapun, setelah menggunakan perkhidmatan mempromosikan diatas talian, menggunakan media sosial massa kini beliau sentiasa mendapat sokongan dan dokongan dari pelbagai pihak. Malahan beliau sentiasa mendapat pesanan dari negeri-negeri luar terhadap sambal bilis beliau.

    

 

 

 

NAMA  NORASMIRA BT AHMAD 
UMUR : 31 Tahun 
EMAIL :Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
AHLI :12/07/2018

 

LATAR BELAKANG

Puan Norasmira Binti Ahmad  berumur 31 tahun  adalah seorang penjual pelbagai jenis makan di warung santainya seperti nasi dagang, nasi minyak, nasi lemak, mee goreng, kuih muih dan sebagainya lagi. Beliau menjalankan perniagaannya secara offline dan online. Beliau jugak membuat penghantaran makan iaitu COD di kawasan yang berdekatan. Atas dasar minat yang tersendiri sehinggalah beliau telah mendapat sambutan yang hebat.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PI

Tidak mengetahui apa-apa yang berkaitan di atas talian sehingga beliau menjadi pengguna tetap di PI.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PI

Beliau menggunakan internet untuk mengiklankan pelbagai jenis makanan jualannya di Facebook dan whatssap bagi memperluaskan lagi peluang perniagaan beliau.

 

      

 

Nama  : NOOR SAIDATUL AKMAL BT ZULKIFLI
Umur : 38 Tahun 
Email  : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Ahli : 24 .07.2010

 

LATAR BELAKANG

Puan Noor Saidatul Akmal bt Zulkifli atau lebih dikenali dengan panggilan Akmal merupakan seorang surimah yang mempunyai 4 orang anak yang masih kecil dan bersekolah. Suami beliau merupakan seorang buruh yang tidak mempunyai pendapatan bulanan yang tetap. Oleh yang demikian , Puan Akmal bertekad untuk melakukan sesuatu untuk membantu menambah pendapatan suami di samping beliau terikat dengan pelbagai tugasan kerja-kerja di rumah serta menjaga anak-anak di rumah.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PI

Pada awalnya , Puan Akmal membuat pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM ) sebagai modal untuk membeli stok pelbagai barangan kesihatan dan kosmetik dan menjual barangan tersebut kepada jiran-jiran terdekat juga saudara mara. Namun demikian, jualan beliau tidak seperti yang diharapkan kerana kurang promosi sedangkan pinjaman yang dilakukan perlukan pembayaran pada setiap minggu.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PI

Setelah diperkenalkan dengan pusat internet , Puan Akmal mula mendapat perancangan serta plan perniagaan yang lebih teratur serta dapat memperluaskan perniagaan kecil beliau. Walaupun tiada premis , beliau mampu bersaing dengan peniaga-peniaga lain yang juga turut menjual barangan yang sama. Puan Akmal mula mengikuti kelas-kelas latihan yang di adakan di Pusat Internet untuk mempelajari lagi ilmu keusahawanan.

 

  

NAMA  NORIZAM MOHD NOR
UMUR : 38 Tahun 
EMAIL :Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
AHLI :12/04/2018

 

LATAR BELAKANG

Norizam Mohamad Nor berumur 38 tahun merupakan seorang ushawan yang telah membuat jualan secara offline dan online. Beliau menjual doorgift termurah di abad ini,  iatu akok nganang dan baulu dengan harga bajet. Atas dasar minat yang tersendiri sehinggalah beliau telah mendapat sambutan yang hebat dan telah membuka kedainya sendiri.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PI

Puan Zam tidak tahu mengenai penggunaan internet. Beliau mengambil peluang yang ada dengan sebaik mungkin untuk mempelajari cara mengguna komputer dan internet. Dengan itu, Puan Zam dapat mengembangkan perniagaan dengan adanya internet.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PI

Puan Zam menggunakan internet untuk mengiklankan produk jualan terutama di page Facebook dan menggunakan laman web https://www.facebook.com/doorgiftmurahterengganu untuk mempromosi produk dan meluaskan lagi peluang perniagaan Puan Zam dengan membuat iklan promosi di setiap page facebook. Bagaimanapun, setelah menggunakan perkhidmatan mempromosikan diatas talian, menggunakan media sosial massa kini beliau sentiasa mendapat sokongan dan dokongan dari pelbagai pihak.