Nama | AHMAD FAIZAL BIN MUHAMMAD SA'AT |
Umur | 44 TAHUN |
Ahli | 14 OKTOBER 2023 |
Latar belakang
Encik Faizal seorang usahawan produk pemakanan iaitu sambal ikan bilis garing yang terdiri dari 3 jenis, iaitu, garing,pedas,berapi. Beliau memulakan perniagaan secara kecil kecilan
di rumah. Beliau memasarkan jualan dengan menjual sambal bilis garing di kedai-kedai kuncit berdekatan. Selain itu, beliau berhasrat untuk menjadi seorang pengusaha produk sambal ikan
ikan bilis yang berjaya dengan ingin mengunjungi PEDi untuk mempelajari tentang memasarkan produk dengan betul selain offline beliau berhasrat ingin mengetahui lebih dalam lagi
tentang pemasaran produk secara atas talian.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDI
Sebelum menyertai kelas keusahawanan di PEDi, beliau tidak mengetahui teknik-teknik yang betul dalam pemasaran produk beliau secara atas talian. Beliau hanya menjual produk beliau
di kedai-kedai yang berdekatan kawasan rumah serta jual secara cod dari rumah ke rumah. Beliau juga mengambil tempat jualan produk sambal bilis garing beliau di karnival-karnival yang
diadakan di sekitar negeri Terengganu.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDI
Selepas menyertai kelas usahawan di PEDi beliau telah mengetahui teknik-teknik pemasaran dan promosi yang betul dengan menggunakan medium media sosial seperti facebook, tiktok, shopee
dan instagram. Beliau amat gembira dan berpuas hati dengan ajaran yang diberikan oleh staff PEDi tentang teknik-teknik pemasaran yang betul. Kini jualan produk beliau menjadi lebih lancar di
media sosial mahupun secara offline.
Nama | NURHAYATI BT LATIF |
Umur | 44 TAHUN |
Ahli | 12 Oktober 2023 |
Latar belakang
Puan Nurhayati seorang Pengajar Matematik , Coach Life, Penulis , dan Ceramah Motivasi. Beliau banyak menyertai dan memberi ceramah di program-program yang memerlukan khidmat beliau seperti Perkhidmatan Ceramah motivasi di sekolah-sekolah atau di jabatan-jabatan yang memerlukan perkhidmatan beliau. Puan Nurhayati amat gemar mendapat tunjuk ajar daripada PEDimengenai perniagaan coach life beliau. Beliau amat meminati perniagaan kerana beliau bercita-cita ingin menjadi seorang usahawan dan penceramah yang berjaya dengan objektif supaya beliau dapat memuaskan hati pelanggan yang berurusan dengan beliau. Seterusnya, beliau sering datang ke PEDi bagi mempelajari teknik-teknik keusahawanan yang betul.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDI
Sebelum menyertai program keusahawanan di PEDi beliau kurang mengetahui teknik-teknik untuk perancangan perniagaan serta beberapa perkara yang terlibat dalam membangunkan perniagaan sebagai contoh cara melalui promosikan perkhidmatan coaching beliau dengan menggunakan media sosisal yang lain selain facebook.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDI
Selepas menyertai program keusahawanan di PEDi beliau telah berjaya mempromosikan perkhidmatan coach life beliau di laman media sosial dengan lebih mendalam seperti promosi dan posting di laman tiktok, facebook,inatgram dan di website-website. Beliau amat gembira kerana dapat memasarkan perniagaan perkhidmatan coaching beliau pada orang ramai dengan lebih mudah dengan bantuan PEDi.Banyak beliau mempelajari tentang ilmu perniagaan di PEDi anataranya, pengunaan aplikasi canva untuk perniagaan, landing page (on pay),dan banyak lagi.
Nama : Muhammad Haziq bin Muhammad Hamdan
Umur : 13 Tahun
Tahun Ahli : 15 Januari 2015
Latar belakang
Haziq merupakan seorang pelajar Sekolah Menengah Bukit Sawa dan mula mengunjungi PEDi bagi mempelajari dan mendalami ilmu ict. Haziq amat berminat untuk lebih mengetahui tentang penggunaan komputer dan juga internet.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Haziq kurang mahir dalam menggunakan perisian-perisian asas komputer seperti Microsoft Office terutamanya Word, Excel dan PowerPoint dan cara untuk mengaplikasikannya untuk kemudahan urusan pembelajaran terutamanya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan mengikuti kelas latihan ICT yang dijalankan di PEDi, beliau semakin fasih dalam menggunakan perisian tersebut dan boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari terutama dalam sesi pembelajaran,serta beliau makin baik dalam ilmu menaip pantas menggunakan keyboard. Beliau juga dapat menjadi seorang yang kreatif dan berdaya saing serta berani mencuba sesuatu yang baharu bagi memantapkan lagi skill yang tersedia.
Nama | Farrahieda bt Razali |
Umur | 38 Tahun |
Ahli | 15 November 2021 |
Latar belakang
Farrahieda seorang peniaga vendor dan perniagaan utamanya ialah makanan goreng-gorengan seperti goreng pisang,Keropok Lekor, Abc, Cendol dan sebagainya. Ketika ingin memulakan perniagaannya Farrahieda amat gemar mendapat tunjuk ajar daripada PEDi. Beliau amat meminati perniagaan kerana beliau bercita-cita ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya dengan objektif supaya beliau dapat memuaskan hati semua pelanggan yang berurusan dengan beliau. Seterusnya, beliau sering datang ke PEDi bagi mempelajari teknik-teknik keusahawanan yang betul.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDI
Sebelum menyertai program keusahawanan di PEDi beliau tidak mengetahui teknik-teknik untuk urusan perancangan perniagaan serta beberapa perkara yang terlibat dalam membangunkan perniagaan sebagai contoh cara melalui promosikan kedai,packaging barangan produk serta cara-cara menarik pelanggan melalui media sosial.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDI
Selepas menyertai program keusahawanan beliau telah berjaya membuka kedai vendor dan mengusahakan perniagaan makanan goreng-gorengan yang mendapat permintaan ramai. Dengan mengikuti kelas usahawan beliau dapat mengetahui cara-cara mempromosikan kedai dan produk dengan baik dengan adanya instagram,fb,tik tok sendiri. Beliau juga rajin menghadiri program usahawan di PEDi contohnya program bersama FAMA belajar Pemasaran secara atas talian menggunakan aplikasi Agro Bazaar Online (ABO).
Nama : Irham bin Shaari
Umur : 14 Tahun
Tahun Ahli : 03 September 2019
Latar belakang
Irham merupakan seorang pelajar Sekolah Menengah Seri Payong dan mula mengunjungi PEDi bagi mempelajari dan mendalami ilmu ict dan pembelajaran harian. Irham amat berminat untuk lebih mengetahui tentang penggunaan komputer dan juga internet. Dengan itu beliau sentiasa bersungguh-sungguh untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam bagi memudahkan urusan beliau untuk belajar ke tahap tingg nanti.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Irham kurang mahir dalam menggunakan perisian-perisian asas komputer seperti Microsoft Office terutamanya Word, Excel dan PowerPoint dan cara untuk mengaplikasikannya untuk kemudahan urusan pembelajaran terutamanya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan mengikuti kelas latihan ICT yang dijalankan di PEDi, beliau semakin fasih dalam menggunakan perisian tersebut dan boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari terutama dalam sesi pembelajaran,serta beliau makin baik dalam ilmu menaip pantas menggunakan keyboard. Beliau juga dapat menjadi seorang yang kreatif dan berdaya saing serta berani mencuba sesuatu yang baharu bagi memantapkan lagi skill yang tersedia.