KAMPUNG RAWAI

Rawai adalah sejenis alat untuk menangkap ikan yang terdiri daripada bentuk kail yang digantungkan pada tali atau rotan yang terentang, merawai menangkap ikan dengan rawai.Kampung Rawai terletak dalam daerah Marang, Terengganu. Rawai mempunyai keluasan 770 hektar, namun jumlah penduduk pada masa itu tidak ramai kira-kira didiami oleh 40 buah keluarga sahaja. Terdapat beberapa buah kampung disekitar kampung Rawai. Antaranya adalah Kampung Padang Pak Wan, Kampung Alor Limbat, Kampung Bukit Damar, Kampung Tok Rasek, Kampung Tok Gelap, Kampung Seberang Alor dan Kampung Wakaf Paka. Kini ada  diantara kampung tersebut telah digabungkan dengan Kampung Rawai yang menjadikan jumlah keluasannya meningkat.Oleh itu, kerjasama antara penduduk kampung dalam hidup bermasyarakat telah ditunjukkan dari dahulu sehingga sekarang. Kampung Rawai adalah sebuah kampung yang aman dan harmoni. Namun, kampung tersebut menyimpan pelbagai kisah dan sejarahnya yang tersendiri.