Landskap dan hiasan taman merupakan satu aspek penting untuk setiap petempatan. Kampung Alur Limbat sebuah kampung yang mementingkan hiasan persekitaran serta kebersihan kampung malah telah menyertai pertandingan kampung terbersih dan berjaya dianugerahkan kampung terbersih pada tahun 2014 dengan memenangin sejumlah wang ganjaran yang agak besar dari kerajaan negeri.
Di kampung Alur Limbat terdapat suatu taman permainan yang dinamakan Taman Raudhah. Kawasan tersebut sesuai di jadikan taman reaksi dan beriadah serta menjadi tumpuan pelancong dengan jambatan gantung yang merentangi alur di taman tersebut.
Selain itu, di Kg Alur Limbat juga terdapat air pancuran yang menjadi mercu tanda masuk di Kampung Alur Limbat yang berada di persimpangan di hadapan Masjid kg. Alur Limbat. Air pancuran ini adalah di bina oleh penduduk kampung sendiri.