Infrastuktur merupakan satu set struktur yang bergabung antara satu sama lain lalu membentuk satu rangka yang menyokong keseluruhan struktur tertentu. Insfrastruktur ini merujuk kepada perkhidmatan asas yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Tempatan, sama ada kerajaan mahupun swasta. Kemudahan asas yang disediakan oleh Kampung Alur Limbat adalah seperti berikut :-

 

Kampung Alor Limbat mempunyai sebuah masjid dan sebuah surau yang dibina bagi membolehkan penduduk kampung menunaikan solat berjemaah, di samping melakukan pelbagai aktiviti keagamaan. 

 

Masjid Kampung Alor Limbat

 

Surau Kampung Alor Limbat

 

Perpustakaan Desa Kampung Alor Limbat dibina bagi memberi kemudahan kepada penduduk kampung menambah ilmu pengetahuan. Pelbagai bahan bacaan yang telah disediakan di Perpustakaan Desa ini untuk bacaan umum.

 

Perpustakaan Desa

 

Medan Infodesa(RTC) Alur Limbat merupakan sebuah projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang dilengkapi dengan prasarana ICT untuk penduduk setempat. Medan Infodesa berfungsi sebagai pusat latihan dan pusat interaksi secara maya bagi masyarakat Kampung Alur Limbat.

 

Medan InfoDesa

 

KEMUDAHAN RIADAH / SUKAN Di Kampung Alor Limbat terdapat taman rekreasi, padang bola dan juga padang motorcross yang disediakan untuk penduduk setempat menjalankan aktiviti riadah dan rekreasi.

 

Taman Rekreasi

 

Litar Motorcross

 

Padang Bola

 

 Selain itu, di Kampung Alor Limbat ini juga terdapat satu pusat latihan gimnastik yang menempatkan peralatan-peralatan latihan gimnastik untuk program pembangunan atlet remaja kebangsaan dan diguna pakai oleh Kelab Sukan Gimnastik Darul Iman. Dewan ini telah dirasmikan pada Januari 2012.

 

Dewan Gimnastik