KAMPUNG RAWAI

Rawai adalah sejenis alat untuk menangkap ikan yang terdiri daripada bentuk kail yang digantungkan pada tali atau rotan yang terentang, merawai menangkap ikan dengan rawai.Kampung Rawai terletak dalam daerah Marang, Terengganu. Rawai mempunyai keluasan 770 hektar, namun jumlah penduduk pada masa itu tidak ramai kira-kira didiami oleh 40 buah keluarga sahaja. Terdapat beberapa buah kampung disekitar kampung Rawai. Antaranya adalah Kampung Padang Pak Wan, Kampung Alor Limbat, Kampung Bukit Damar, Kampung Tok Rasek, Kampung Tok Gelap, Kampung Seberang Alor dan Kampung Wakaf Paka. Kini ada  diantara kampung tersebut telah digabungkan dengan Kampung Rawai yang menjadikan jumlah keluasannya meningkat.Oleh itu, kerjasama antara penduduk kampung dalam hidup bermasyarakat telah ditunjukkan dari dahulu sehingga sekarang. Kampung Rawai adalah sebuah kampung yang aman dan harmoni. Namun, kampung tersebut menyimpan pelbagai kisah dan sejarahnya yang tersendiri.

KAMPUNG ALUR LIMBAT

Alur Limbat merupakan sebuah kampung yang terletak di Daerah Marang, Terengganu. Kampung Alur Limbat terletak 25 km dari Kuala Terengganu dan 18 km dari pusat pentadbiran Daerah Marang. Kampung Alur Limbat mendapat namanya sempena sekawan ikan yang dikenali sebagai ikan limbat putih. Ikan limbat putih ini difahamkan gemar memakan bangkai binatang. Kawanan ikan limbat ini juga mengeluarkan bunyi menguak seperti kerbau. Perihal ini berlaku disebuah alur yang bernama Alur Kerkut. Rentetan daripada peristiwa itu, kampung Alur Limbat mendapat namanya. Begitulah sejarah terciptanya nama Kampung Alor Limbat.

(Sumber: Buku Taklimat Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2010)