KEJOHANAN LIGA PENALTI PERPADUAN 

Inilah kampung kami, Kampung Alur Limbat yang masih lagi utuh mengekal semangat perpaduan yang begitu tinggi di semua lapisan peringkat umur dengan penyertaan KEJOHANAN TERTUTUP LIGA PENALTI PERPADUAN anjuran KRT Alur Limbat dengan kerjasama J3K dan KELIBAT melibatkan semua peringkat umur. 

  

MOTORCROSS DAMBA KETANGKASAN PNUNGGAN

Sukan permotoran sememangnya menjadi kegilaan remaja yang sukakan dan juga sukan lasak yang mencabar. Motorcross adalah salah satu daripadanya. Apatah lagi keadaan cuaca dan bentuk muka bumi yang amat sesuai membuatkan ramai yang berkecimpung dalam sukan seperti ini. Tidak seperti sukan lasak lain, motorcross amat popular dalam kalangan mereka yang duduk di daerah kecil dan kampung-kampung terutamanya yang banyak ladang-ladang kelapa sawit.

 

MENIMBA IKAN DARAT

Penduduk Kampung Alur Limbat menghidupkan kembali aktiviti  menangkap ikan secara tradisional iaitu menimba ikan di sebuah parit dekat sini. Acara menimba ikan sememangnya menjadi amalan penduduk kampung di sini termasuk yang tinggal berhampiran dan setiap kali musim kemarau mereka akan bergotong-royong menimba ikan darat di dalam kubang.

  

  

  

GOTONG ROYONG
 
Lebih 30 penduduk Kampung Alur Limbat menyertai aktiviti gotong royong membersihkan kawasan kampung di sini. Melalui gotong royong ini kita dapat menanamkan semangat toleransi dan pemuafakatan yang menjadi nilai kemanusiaan sejagat. Ia dapat melahirkan rasa cinta terhadap kebersihan dan nilai kerjasama sebagai penduduk.
 

  

SEPAK TAKRAW

Kampung Alur Limbat di sini, tidak asing lagi dengan permainan sepak takraw dalam sukan berkenaan sejak 30 tahun lalu sehingga sekarang. Dengan adanya gelanggang sepak takraw di kampung itu, sukan berkenaan lebih rancak, sekaligus melahirkan lebih ramai muka baharu dalam sukan sepak takraw.