Arboretum Park Alor Limbat merupakan sebuah kawasan pelancongan baru berkonsepkan alam semula jadi. Ia terletak di bahagian timur kampung, iaitu salah sebuah daripada kampung rangkaian (Kampung Tukang). Kampung Tukang merupakan satu kawasan penempatan awal penduduk di sini, namun pada masa ini ia tidak lagi berpenghuni. Arboretum berasal dari perkataan”Latin" yang bermaksud satu kawasan yang mempunyai pelbagai spesis tumbuhan yang tumbuh semula jadi atau lebih tepat ditafsirkan sebagai hutan simpan. Oleh itu, pihak pentadbiran Kampung Alor Limbat telah mengambil inisiatif untuk memelihara kawasan ini. JKKK Alor Limbat bukan sahaja berhasrat menjadikan kawasan ini sebagai kawasan rekreasi dan pelancongan, malah akan dijadikan sebagai pusat kajian terhadap flora dan fauna yang semakin pupus. Usaha murni ini akan mengekalkan spesis-spesis yang ada dan menjaga khazanah hutan untuk generasi akan datang. Mereka menggelarkan Arboretum Park sebagai "Jungle For The Next Generation"

 

Antara flora-flora yang terdapat di Arboretum Park AlorLimbat