Tarikh : 15 Oktober 2024 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : NADI Kg Alur Limbat
Peserta : 11 Orang
Tujuan
Taklimat NADI MAHIR diadakan bagi menerangkan tentang 5 mahir yang akan dijalankan di NADI
antaranya MAHIR MASAK,BAIKI GAJET,PERTANIAN PINTAR,MENJAHIT DAN FOTO.
Aktiviti
Petugas menyiarkan taklimat tentang NADI MAHIR secara webinar. Peserta mendengar dengan tekun
sesi taklimat yang diadakan dan sesi soal jawab juga di jalankan bagi peserta memahami proses dan pelaksanaan
NADI MAHIR nanti mengikut minat kemahiran setiap peserta. Peserta amat berminat dan memahami taklimat yang diberikan
dan akan mengikuti proses NADI MAHIR yang akan diadakan nanti.
Tarikh : 07 September 2024
Masa : 09.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : NADI Kg Alur Limbat
Peserta : 5 Orang
Tujuan
Kelas tutorial diadakan bagi melatih para peserta lebih fasih dalam ilmu matematik.
Aktiviti
Petugas mengedarkan modul matematik yang harus disiapkan oleh mereka.
Peserta mendengar ajaran dari petugas dengan fokus dan sentiasa ada sesi soal jawab
mengenai soalan yang tidak difahami. Selain itu, pelajar turut menjawab soalan matematik
pada kuiz online sk yang mempunyai banyak modul-modul mengikut tahap 1 dan 2.
Tarikh : 06 September 2024
Masa : 09.00 Pagi - 10.00 Pagi
Lokasi : NADI Kg Alur Limbat
Peserta : 4 Orang
Tujuan
Peserta didedahkan pengenalan tentang cara menaip dengan pantas supaya memudahkan
urusan kerja pada masa akan datang.
Aktiviti
Petugas menyediakan teks sajak kepada setiap peserta untuk menaip. Peserta diberi arahan untuk
membaca dahulu petikan sajak sebelum memulakan menaip. Peserta amat gembira dan bersungguh
untuk menyiapkan petikan sajak tersebut dan peserta juga belajar cara untuk menampal
gambar pada petikan sajak. Selain itu, peserta sangat gembira kerana berjaya menghabiskan
petikan sajak tersebut dengan baik.
Tarikh : 01 September 2024
Masa : 02.00 Petang - 04.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Alur Limbat
Peserta : 1 Orang
Tujuan
Suntingan stiker produk menggunakan canva diperkenalkan kepada peserta supaya peserta
dapat mengubah sticker sendiri dengan mengikut kehendak sendiri dalam mereka cipta
sticker produk.
Aktiviti
Petugas memberi pendedahan kepada peserta mengenai aplikasi canva https://www.canva.com/
yang amat memudahkan urusan dalam proses penyuntingan imej produk mahupun pada flyers
produk peserta. Setersunya, peserta diberikan keterangan mengenai setiap fungsi dan tools yang ada
pada aplikasi canva. Akhir sekali, peserta amat berpuas hati dengan layanan staff NADI kerana
berjaya menyelesaikan suntingan sticker produk sendiri pada masa yang sama dapat menambahkan
ilmu pengetahuan dalam bidang ICT dengan lebih mendalam.
Tarikh : 12 Ogos 2024
Masa : 04.00 Petang - 06.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Alur Limbat
Peserta : 15 Orang
Tujuan
Bertujuan bagi mengekalkan kestabilan kerjasama dalam sesuatu kumpulan pekerjaan.
Dengan adanya kemahiran kerjasama berkumpulan yang baik peserta dapat melakukan tugasan
dalam pekerjaan dengan lebih selesa, tanpa memandang rendah pada kebolehan rakan sepasukan.
Aktiviti
Peserta menghadiri Taklimat Jadual Perancangan Kelas Kemas di NADi Alur Limbat dan disampaikan oleh
Puan Noor Juliana binti Ismail. Dimulakan taklimat tersebut dan diiringi juga dengan motivasi mengenai kemahiran
kerjasama dalam kumpulan yang harus diterapkan dalam diri masing-masing. Hal ini dapat meningkatkan
sifat kerjasama dalam diri dan dapat mengelakkan perasaan buruk terhadap pasukan rakan sekerja.