Nama : Nur Ain Syellyna Binti Azmi
Umur : 18 Tahun
Tahun Ahli : 30 Oktober 2016
Latar belakang
Syellyna merupakan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Berangan dan beliau mula mengunjungi NADI bagi menyiapkan
tugasan kerja sekolah. Beliau sangat berminat dalam mengikuti kelas dalam berkaitan ICT, dan beliau sering memulakan latihan ICT dengan
menggunakan medium microsoft word bagi menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Syellyna kurang mahir dalam penggunaan komputer dan sistem-sistem yang lain. Tetapi beliau amat gigih untuk mempelajari modul ICT
di NADI dan turut menghadiri setiap kelas ICT bila diadakan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Setelah mengikuti kelas di NADI Syellyna sudah mengetahui tentang modul-modul ICT, antaranya cara membuka akaun gmail, pengguanaan canva,
AI, microsoft office dan sebagainya. Dengan mempelajari ilmu tersebut beliau akan lebih mudah untuk melakukan tugasan pada peringkat pengajian
tinggi nanti. Beliau sering menyertai kelas-kelas ICT yang diadakan di NADI bagi mempelajarinya dengan lebih baik.
Nama | CHE KU RAMLAH BINTI CHE KU RANI |
Umur | 40 TAHUN |
Ahli | 16 FEBRUARI 2024 |
Latar belakang
Puan Che Ku Ramlah merupakan seorang usahawan beg batik Terengganu. Beliau memulakan perniagaan dengan hanya
menjadikan jahitan beg batik sebagai hobi. Dan dari rutin sebagai hobi terus kepada jualan beg batik.
Minat yang mendalam terhadap jahitan batik mendorong beliau untuk menghasilakn dan mengemabngkan lagi
perniagaan jualan hasil jahitan beg batik.
mampu memberi pulangan pendapatan.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN NADI
Sebelum penglibatan di NADI beliau hanya menjual barangan jualan dari rumah ke rumah, melalui status whatsapp.
Selain itu, beliau masih belum mempunyai platform media sosial yang lebih fokus bagi mengenalkan perniagaan
kraftangannya kepada orang ramai.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN NADI
Selepas menyertai kelas keusahawanan dI NADI beliau dapat mengetahui skill pemasaran dengan betul dan
mempunyai akaun media sosial yang dapat memasarkan jualan beliau dengan lebih baik. Beliau pernah menyertai jualan di
Prorgam Hari Keusahawanan di NADI. Seterusnya, beliau juga pernah menyertai jualan di ekspo-ekspo pelancongan, di program
program keramaian Terengganu dan sebagainya. Beliau sangat bersyukur kerana dapat meluaskan lagi jualan beg batik
beliau pada orang ramai lebih-lebih lagi pada pengunjung yang luar dari negeri Terengganu.
Nama | NUR FITRAH BINTI MOHD AZIZI |
Umur | 32 TAHUN |
Ahli | 23 FEBRUARI 2024 |
Latar belakang
Puan Fitrah seorang usahawan prooduk kraftangan Terengganu. Beliau memulakan perniagaan secara kecil kecilan hanya jual
di rumah ke rumah. Minat yang mendalam terhadap seni kraftangan mendorong Fitrah untuk menghasilakn kraftangan sehingga
mampu memberi pulangan pendapatan.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN NADI
Sebelum penglibatan di NADI Fitrah hanya menjual barangan kraftangan dari rumah ke rumah. Selain itu, Fitrah masih
belum mempunyai media sosial yang kuat bagi mengenalkan perniagaan kraftangannya kepada orang ramai.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN NADI
Selepas menyertai kelas keusahawanan dI NADI Fitrah dapat mengetahui selok belok pemasaran dengan betul dan
mempunyai akaun media sosial yang dapat memasarkan jualan beliau dengan lebih baik. Fitrah pernah menyertai jualan di
Prorgam Hari Keusahawanan di NADI. Fitrah sangat bersyukur kerana dapat melebarkan sayap perniagaan dengan baik.
Nama : Muhammad Zairiel Zulfadhli bin Abdullah
Umur : 11 Tahun
Tahun Ahli : 10 Oktober 2023
Latar belakang
Zairiel merupakan seorang pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Simpang Rawai dan mula mengunjungi NADI untuk memasuki
kelas e-tuisyen yang diakan di NADI pada masa yang sama Zairiel juga berminat untuk mendalami ilmu ict seperti pengenalan komputer,
canva, microsoft office dan sebagainya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Zairiel kurang mahir dalam menggunakan komputer dan pada yang masa Zairiel juga ingin mempelajari cara untuk menjawab soalan
latih tubi pembelajaran dalam talian serta berminat juga dalam pembelajaran asas multimedia menggunakan komputer seperti
penggunaan aplikasi canva, capcut,filmorago dan pelbagai lagi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas di NADI Zairiel sudah mahir dalam menggunakan komputer dan juga turut mahir dalam pembelajaran di atas
talian seperti menjawab kuiz online, membuat kerja berkumpulan secara online dengan menggunakan zoom meeting. Zairiel amat gembira
kerana dapat mempelajari banyak ilmu ict di NADI Kg Alur Limbat dan sehingga kini Zairiel terus mengunjungi NADI untuk
mempelajari kursus-kursus dan pembelajaran yang lain yang terdapat di NADI.
Nama : Amzar Zahidi bin Aluwi
Umur : 18 Tahun
Tahun Ahli : 18 Oktober 2022
Latar belakang
Amzar merupakan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Payong dan mula mengunjungi PEDi bagi mempelajari dan mendalami ilmu ict. Amzar amat berminat untuk lebih mengetahui tentang penggunaan komputer dan juga internet.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Amzar kurang mahir dalam menggunakan perisian-perisian asas komputer seperti Microsoft Office terutamanya Word, Excel dan PowerPoint dan cara untuk mengaplikasikannya untuk kemudahan urusan pembelajaran terutamanya. Selain itu Amzar juga berminat untuk mepelajari ilmu grafik dan multimedia dengan menggunakan pelbagai aplikasi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan mengikuti kelas latihan ICT yang dijalankan di PEDi, beliau semakin fasih dalam menggunakan perisian tersebut dan boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari terutama dalam sesi pembelajaran,serta beliau makin baik dalam ilmu menaip pantas menggunakan keyboard. Beliau juga dapat menjadi seorang yang kreatif dan berdaya saing serta berani mencuba sesuatu yang baharu bagi memantapkan lagi skill yang tersedia.